Laman Warisan Senin-Khanipah adalah prasarana milik persendirian yang diurus oleh Jawatankuasa Warisan Senin-Khanipah. Tujuan utama prasarana ini adalah untuk menjadi tempat berkumpul anak/cucu/cicit Haji Isnin bin Ahmad dan Hjh Khanipah binti Mustaffa. Selain aktiviti keluarga Warisan Senin-Khanipah, sebahagian kawasan ini khususnya kawasan laman dan Dewan Warisan dibuka untuk sewaan kepada warga setempat dengan bayaran yang berpatutan.