Warisan Senin-Khanipah adalah satu institusi kekeluargaan pada skala besar meliputi semua keluarga yang di puncaknya adalah Allahyarham Senin bin Ahmad dan Allahyarhamah Khanipah binti Mustaffa. Mungkin lebih mudah disebut sebagai anak-cucu-cicit Senin dan Khanipah.
Bermula dari satu projek berskala kecil (Projek Salasilah Keluarga Ithnain bin Ahmad) pada tahun 1988 oleh Fauzi bin Ahmad Ghazali yang hanya tertumpu kepada pengumpulan data asas berserta foto, projek ini kemudiannya mendapat sokongan daripada ahli keluarga yang lain kira-kira 12 tahun kemudian. Antara yang hadir dalam perbincangan awal adalah Tuan Haji Kasran bin Isnin, Tuan Haji Mohd Said bin Senin, Tuan Haji Taplil bin Ithnain, Encik Zainal bin Rakon, Encik Abdul Wahid bin Rakon, Encik Abdul Latif bin Taplil dan Encik Ahmad Bakhtiar bin Taplil.
Hasil dari perbincangan awal, maka jawatankuasa penaja diwujudkan. Lalu bermulalah satu projek keluarga berskala besar dengan matlamat yang lebih terfokus kepada penyatuan ahli keluarga. Pada peringkat awal kumpulan ini dinamakan sebagai Bani Ithnain & Khaniffah. Nama tersebut dicadangkan oleh Tuan Haji Kasran bin Isnin.
Antara agenda besar pertama Jawatankuasa Penaja Bani Ithnain & Khaniffah adalah menganjurkan Hari Keluarga dan Mesyuarat Agung kali pertama yang telah berlangsung pada tahun 2004. Majlis yang telah diadakan di perkarangan rumah Allahyarhamah Hajah Khaniffah binti Mustaffa berjalan dengan lancar dan teratur. Banyak perkara telah diputuskan dalam menyuarat Agung tersebut termasuklah melantik Jawatankuasa Induk yang baru dan penukaran nama kepada Warisan Senin-Khanipah seperti yang dicadangkan oleh Tuan Haji Ahmad Muniran bin Ithnin (Allahyarham | 1940 - 2012).
Hasil dari Mesyuarat Agung tersebut, Hari Keluarga diputuskan untuk diadakan dua tahun sekali. Ini bermakna tahun 2006 adalah Hari Keluarga Warisan Senin-Khanipah kali kedua. Segala persiapan telah dirancang dan bersedia untuk dilaksanakan. Malangnya Segamat dilanda banjir besar yang mengakibatkan daerah ini terputus hubungan dari semua arah kecuali laluan Segamat-Kuantan. Lalu Hari Keluarga kali kedua ditangguhkan.
- Jumlah paparan: 307