Sejarah Keluarga Sebelah Ayah | Senin bin Ahmad

Allahyarham Senin bin Ahmad, adalah berasal dari Pulau Jawa, Indonesia. Beliau bersama-sama ibu, abangnya Sadin bin Ahmad, dan beberapa ahli keluarga yang lain, telah meninggalkan Pulau Jawa dan datang ke Tanah Melayu kira-kira pada tahun 1910.

Panchor, Muar, Johor.

Pada mulanya mereka bekerja di sebuah ladang yang dikenali sebagai Ladang Berohol (kini Ladang Lanadron) yang terletak beberapa kilometer dari persimpangan toll PLUS Pagoh; berhampiran juga dengan Pekan Panchor, Muar.

Setelah beberapa tahun bekerja di ladang tersebut beliau berhijrah pula ke Jementah bersama dengan ibu dan abangnya. Bekerja di Ladang Jementah (Ladang Chi Liung). Ladang Jementah dan Ladang Berohol di punyai oleh taukeh yang sama. Di Ladang Jementah beliau bertemu jodoh dengan (Allahyarham) Khanipah binti Mustaffa sementara abangnya, Sadin berkahwin dengan Siti binti Mustaffa, iaitu kakak kepada Khaniffah binti Mustaffa. Ahli-ahli keluarganya yang lain pula ramai yang terus menetap di Kampung Sungai Ranggam, kira-kira 5km dari Pekan Panchor.

Panchor, Muar, Johor.

Oleh kerana Allahyarham Ithnain seorang yang pendiam dan tidak suka menceritakan kisah peribadinya, maka tidak banyak yang dapat diketahui mengenai dirinya.

Kami mempunyai 345 pengunjung dan tiada ahli dalam talian